MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, November 13, 2008

::: Gegar & Ubah Dunia :::

Percaya x? kalu aku cakap, Muzik leh mengubah dunia? Bukannya dengan senjata, peluru @ kereta kebal. Band-band nie secara sedar @ tidak telah menetapkan arah perkembangan muzik selain mengubah dunia dari perspektif, pandangan & kesan-kesan yang berbeza.

Era 60an

The Beatles.
Kepopularan The Beatles menenggelami band-band sezaman diorang. Hinggakan sukar untuk membezakan apa yang diorang sumbangkan kepada dunia muzik dan apa yang diaorang popularkan. Diaorang juga adalah antara band terawal yang mengabungkan Rock n Roll dengan genre muzik lain.

The Beach Boys.
Gabungkan lima suara secara harmoni dengan Rock n Roll, jadilah The Beach Boys. Susunan kod inovatif Brian Wilson, keharmonian vokal & ditambah dengan pengaruh Rock n Roll Chuck Berry. The Beach Boys berjaya menghasilkan lagu yang membawa perasaan gembira kepada pendengar.

The Who.
The Who mungkin adalah live band yang terbaik setakat nie. Diaorang mencipta momentum melalui cara diaorang mempersembahkan muzik diaorang. Kejiwaan pemberontakan, keagresifan, kasih sayang dan kemusnahan dalam muzik The Who telah menjadi ciri-ciri band nie.

Rolling Stone.
Diaorang berada pada era yang sama dengan The Beatles. Muzik diaorang agak serabut berbanding The Beatles. Tapi gitar Keith Richards & vokal Mick Jagger membuatkan Rolling Stone dikenali. Seksi, hedonistik dan menarik, dan semua band Rock harus seperti diaorang.

Era 70an

Led Zeppelin.
Jimmy Page adalah Raja Rock Britain. Robert Plant adalah penyanyi yang menakjubkan. Led Zeppelin kurang diiktiraf pada era mereka. Pada 1968 & 69, banyak perkara pelik berlaku, tapi Led Zeppelin adalah yang paling pelik. Diaorang terlalu experimental. Hakikatnya, diaorang terlalu hebat.

The Ramones.
Album pertama The Ramones cuma memakan kos $6000 & diaorang takdelah terrer sangat, main hentam ikut kepala diaorang jer. Tapi mereka menghasilkan lagu hebat dengan membawa lagu Rock n Roll yang tak kompleks, tapi pantas @ rancak. Ia adalah Punk Rock.

Sex Pistols.
Nak tau bagaimana muzik Punk yang sebenar? Sex pistols adalah jawapannya. Setakat nie, tiada lagi band-band yang mampu melakukannya sebaik Sex Pistols. Muzik diaorang yang macam bunyi bising menarik pengikut diaorang yang tersendiri selain kekacauan dalam banyak konsert-konsert diaorang.

The Bee Gees.
Tidak takut untuk melakukan experiment dengan pelbagai jenis muzik dari Country ke R&B ke Pop Balada menjadikan diaorang Super Band pada era 70an. Dengan vokal harmoni & susunan muzik simfoni, diaorang cuma perlukan John Travolta menari mengikut lagu diaorang untuk menakluk dunia.

Pink Floyd.
Album pertama Pink Floyd begitu unik, lain dari yang lain. Kebanyakan dari lagunya dihasilkan oleh Syd Barret. Dengan muzik Rock progresif & psikedelik, konsert diaorang sentiasa mendapat sambutan. Selepas Syd keluar dari Pink Floyd, diaorang terus maju dengan inovasi muzik yang experimental.

Black Sabbath.
Lirik bagi empat album terawal Black Sabbath tertumpu pada penyakit sosial, fantasi dan kuasa ghaib. Tetapi muzik berat & persembahan diaorang yang telah menetapkan identiti muzik Heavy Metal. Kredibiliti Black Sabbath telah memberi pengaruh kepada banyak band-band selepas diaorang.

Queen.
Lagu Bohemian Rhapsody berada di #1 carta lagu UK selama 9 minggu. Apa yang menarik, rakaman muzik video untuk Bohemian Rhapsody yang telah menjadi bentuk promosi album @ lagu yang berkesan. Selain tue, siapa yang tak pernak dengar lagu 'We Will Rock You'?

Gun N' Roses.
Semenjak Sex Pistols, tiada lagi band yang mengemparkan kolum gosip dalam akhbar seperti Gun N' Roses (GN'R). Lirik Axl Rose mengemparkan generasi & petikan gitar Slash membingitkan telinga selama berdekad. Imej budak jahat GN'R nyata tertutup oleh muzik diaorang.

Era 80an

U2.
U2 mungkin adalah satu²nya Anthemic Rock band terbaik setakat ini. Konsert diaorang sentiasa menarik perhatian, bukan sahaja peminat² diaorang, tapi pendengar muzik amnya. Tour Konsert Zoo TV diaorang menetapkan bagaimana konsert di stadium sebaiknya dilakukan, banyak TV & multimedia!

Metallica.
Berpakaian serba hitam & muzik yang kencang, ganas & berat adalah satu trademark Muzik Metal. Metallica tak terkecuali. Bezanya muzik diaorang lebih mainstream. Mengabungkan Heavy Metal & Instrumental nyata menjadikan Metallica antara band yang terbesar di dunia.

Era 90an

Radiohead.
Album pertama 'Pablo Honey' membuatkan Radiohead terkenal melalui lagu 'Creep'. Dengan lagu² yang moody & mata malas Thom Yorke, Radiohead berjaya pergi jauh. Album 'Ok Computer' mungkin adalah album artistik komersil yang paling berjaya pada tahun 90an.

Nirvana.
Kurt Cobain ialah pemain gitar yang hebat! kalu tak, macam mana dia menghasilkan lagu yang mengegarkan dunia? Nirvana menganas di arena Underground sebelum memanjat ke luar ke dunia mainstream & mewujudkan bencana muzik di serata dunia.

Oasis.
Album debut Oasis merupakan album debut terlaris sepanjang zaman. lagu² dari album tue mencapai tangga 10 teratas carta lebih dari 5 kali. Melodi gabungan Sex Pistols & The Beatles nyata menjadi. Era 90an adalah milik Oasis, Sama seperti era 60an yang menjadi milik The Beatles & Rolling Stones.

Blur.
Banyak band² yang hebat muncul pada awal 90an. Tapi diaorang mungkin tak disedari kalau bukan disebabkan oleh Blur. memulakan agenda Britpop @ Indie melalui album 'Modern Life Is Rubbish'. Album 'Parklife' menjadikan diaorang band terbesar di Britain.

Era Millenium

The Strokes.
The Strokes menulis lagu yang menarik & setiap artikel yang ditulis tentang diaorang ada menyebut nama Iggy Pop, Lou Reed & Tom Verlaine (kan aku dah kata!) disebabkan bunyi & penampilan yang hampir serupa. Diaorang mengabungkan Pra-Punk & muzik moden.

No comments: